Logo Tahfiz Mahir Jaya
Alamat:
Maahad Tahfiz Mahir Jaya (TMJ), No.5 Lorong Sepakat Lot 1979, Kampung Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor
Telefon:
012-2070046
Email:
admin@tahfizmahirjaya.com
Pendidikan Tahfiz Berteraskan Adab, Ilmu dan Kepimpinan يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Kurikulum Teras

Rangka Program Pendidikan Pelajar

Program direka dengan fokus kepada hafazan, akademik teras dan kemahiran insaniah untuk perkembangan seimbang.

Tahfiz Al-Quran Akademik Teras Kemahiran Kepimpinan
Sistem Pendidikan TMJ

Aliran Fasa Sistem Pendidikan TMJ

Model pendidikan berfasa yang membina asas huffaz terlebih dahulu, sebelum pelajar memilih aliran khusus mengikut potensi diri.

Sistem pendidikan tahfiz berfasa

Di Maahad Tahfiz Mahir Jaya (TMJ), kami meyakini bahawa pembinaan insan mesti bermula dengan al-Quran. Sebelum melangkah ke bidang kemahiran, kepimpinan atau akademik, setiap pelajar terlebih dahulu dibentuk asas dirinya dengan tarbiah iman, akhlak dan disiplin ilmu.

Tempoh Asas
Fasa Asas Wajib (3 Tahun)
Pendekatan
Tahfiz dan Tarbiah
Matlamat
Membina huffaz yang berakhlak, berilmu dan bersedia memimpin masyarakat.
Baca penerangan penuh program

Tiga tahun pertama di TMJ merupakan fasa asas pembentukan huffaz, di mana semua pelajar melalui sistem pendidikan tahfiz yang tersusun, bimbingan fardu ain, akademik teras serta latihan sahsiah dan kepimpinan. Dalam tempoh ini, pelajar bukan sahaja menghafaz al-Quran, bahkan dididik adab, tanggungjawab, berdikari serta semangat berkhidmat untuk ummah.

Kami percaya, hafazan tanpa akhlak akan rapuh, ilmu tanpa tarbiah akan hilang arah. Justeru, TMJ membina generasi yang kukuh hafazannya, sahih ibadahnya, mulia akhlaknya, cerdas fikirannya dan bersedia memimpin masyarakat.

Ringkasan Pembelajaran Asas
  • Hafazan al-Quran secara berfasa dan disiplin
  • Talaqqi, tasmi dan murajaah harian
  • Fardu Ain dan ilmu syariah asas
  • Adab Islam dan Bahasa Arab
  • Akademik teras
  • Pembinaan sahsiah, disiplin dan kepimpinan
Daftar Pelajar Pilih Aliran
Program Aktif

Senarai Program Utama

Berikut ialah program yang disusun dalam panel admin dan dipaparkan secara langsung di laman ini.

Tahfiz Al-Quran

Program hafazan berfasa dengan pemantauan tasmik, murajaah dan pembinaan sahsiah.

Akademik Teras

Subjek akademik berstruktur bagi menyokong prestasi pelajar secara menyeluruh.

Kemahiran & Kepimpinan

Aktiviti kokurikulum, disiplin, komunikasi dan pembangunan kepimpinan pelajar.

Carta Fasa

Laluan Fasa Pendidikan TMJ

Daripada asas inilah, pelajar seterusnya memilih aliran Huffaz Mahir, Huffaz Imamah atau Huffaz Intelek sesuai dengan bakat dan potensi masing-masing. Di sinilah lahirnya huffaz yang bukan sekadar menghafaz, tetapi hidup bersama al-Quran.

Fasa Wajib

Tahfiz dan Tarbiah

Hafazan, Fardu Ain, Adab, Bahasa Arab, Akademik Teras, Sahsiah dan Kepimpinan.

Aliran 1

Mahir

Kemahiran Aluminium dan Elektrikal

Aliran 2

Imamah

30 Juzuk + Sijil Pengurusan Masjid

Aliran 3

Intelek

Tahfiz + SPM (KSSM)

Pilih Aliran

3 Aliran Khusus Selepas Fasa Asas

Setiap aliran dirangka untuk melahirkan huffaz yang relevan dengan keperluan ummah, institusi dan pasaran semasa.

Aliran Huffaz Mahir

Hafiz Berkemahiran, Berdikari dan Profesional

Konsep
Konsep: "Tangan bekerja, hati dengan al-Quran."
Fokus Utama
Gabungan hafazan al-Quran dan kemahiran teknikal Islamik.
Kukuh hafazannya Sahih ibadahnya Mulia akhlaknya Cerdas fikirannya Bersedia memimpin masyarakat
Bidang kemahiran
  • Pertukangan Aluminium
  • Elektrikal
Objektif
  • Melahirkan hafiz yang mempunyai kemahiran tangan.
  • Mampu bekerja, berdikari atau berniaga sendiri.
  • Tidak hanya bergantung kepada pekerjaan agama semata-mata.
Hasil graduan
  • Juruteknik atau kontraktor
  • Usahawan kemahiran
  • Tenaga mahir industri
  • Huffaz yang berdakwah melalui kemahiran dan perkhidmatan masyarakat

Aliran Huffaz Imamah

Hafiz Pewaris Masjid dan Pemimpin Ummah

Konsep
Konsep: "Hafiz memimpin saf, membimbing ummah."
Fokus Utama
30 juzuk hafazan dan Sijil Pengurusan Masjid.
Kukuh hafazannya Sahih ibadahnya Mulia akhlaknya Cerdas fikirannya Bersedia memimpin masyarakat
Kandungan program
  • Hafazan 30 juzuk lengkap
  • Sijil Pengurusan Masjid
  • Fiqh imam dan khutbah
  • Pengucapan awam
  • Pengurusan jenazah
  • Dakwah dan kepimpinan komuniti
  • Pentadbiran organisasi masjid
Objektif
  • Melahirkan imam, bilal dan penggerak masjid muda.
  • Membina pendakwah yang yakin memimpin masyarakat.
  • Menghidupkan masjid sebagai pusat tarbiah ummah.
Hasil graduan
  • Imam / Bilal / Guru agama
  • Pegawai masjid atau penggerak NGO Islam
  • Pendakwah komuniti
  • Tenaga pengurusan institusi Islam

Aliran Huffaz Intelek

Hafiz Berilmu, Cemerlang Akademik dan Profesional

Konsep
Konsep: "Al-Quran di dada, ilmu di minda."
Fokus Utama
Tahfiz dan akademik arus perdana (SPM).
Kukuh hafazannya Sahih ibadahnya Mulia akhlaknya Cerdas fikirannya Bersedia memimpin masyarakat
Kandungan program
  • Hafazan al-Quran berfasa
  • Silibus akademik KSSM
  • Persediaan peperiksaan SPM
  • Subjek teras dan elektif
  • Kemahiran belajar dan pemikiran kritis
Objektif
  • Melahirkan hafiz yang cemerlang akademik.
  • Membuka laluan ke universiti dan kerjaya profesional.
  • Menggabungkan ilmu dunia dan akhirat.
Hasil graduan
  • Universiti awam atau swasta
  • Bidang profesional (pendidikan, syariah, kejuruteraan dan lain-lain)
  • Pengajian tinggi dalam dan luar negara
Rutin Harian

Jadual Harian Pelajar

Susunan masa harian untuk pembinaan hafazan, ibadah, akademik, sahsiah dan rehat pelajar secara seimbang.

Masa Jadual
5.00 - 6.00 pagi Qiamullail & Persediaan Subuh
6.00 - 6.30 pagi Solat Subuh dan Makthurat pagi
6.30 - 8.00 pagi Hafazan Baru
8.00 - 8.30 pagi Rehat & Sarapan
8.30 - 8.45 pagi Perhimpunan Harian
8.45 - 10.30 pagi Hafazan - Ayat Turun Mingguan
10.30 - 11.00 pagi Solat Dhuha - Rehat
11.00 - 12.30 tgh hari Hafalan Lama (Ulangan)
12.30 - 1.30 tgh hari Qailulah & Rehat
1.30 - 2.00 ptg Persediaan Solat & Solat Zuhur
2.00 - 2.30 ptg Makan Tengah hari & Rehat
2.30 - 4.30 ptg Sesi Akademik dan Diniah / Aktiviti Tarbiah / Kemahiran (bagi Pelajar terpilih sahaja)
4.30 - 5.00 ptg Persediaan Solat Asar & Solat & Makthurat petang
5.00 - 6.00 ptg Riadhah & Kendiri
6.00 - 6.30 ptg Kendiri & Mandi
6.30 - 7.00 ptg Makan Malam
7.00 - 7.30 mlm Persediaan Solat Maghrib & Solat
7.30 - 7.45 mlm Bacaan Waqiah & Yasin
7.45 - 9.30 mlm Kelas Persediaan Hafazan / Murajaah
9.30 - 10.00 mlm Persediaan Solat Isyak & Solat & bacaan al-Mulk
10.00 - 10.30 mlm Kelas prep / ulangkaji Hafazan & Pelajaran
10.30 - 11.00 mlm Rehat & Kendiri
11.00 mlm - 4.30 pagi Tidur
4.30 pagi Bangun tidur
4.30 - 5.00 pagi Persediaan & Kendiri
FAQ Penjaga

Soalan Lazim Program

Jawapan ringkas untuk bantu ibu bapa atau penjaga buat keputusan dengan lebih yakin.

Sesuai. Semua pelajar melalui fasa asas terlebih dahulu untuk bina hafazan, adab dan disiplin belajar sebelum pilih aliran khusus.

Pemilihan dibuat selepas fasa asas, berdasarkan prestasi, minat pelajar dan perbincangan bersama ibu bapa atau penjaga.

Ya. Setiap aliran ada hasil graduan yang berbeza: laluan masjid dan dakwah, kemahiran teknikal, atau akademik ke universiti atau profesional.

Pihak institusi akan beri cadangan berdasarkan kemampuan hafazan, kecenderungan, dan sasaran jangka panjang pelajar serta keluarga.